Jumaat, 7 Julai 2017

Mahu yang berpengalaman



Misbun SIDEK diberi penerangan oleh Jimmy Doh mengenai projek
Misbun Sidek diberi penerangan oleh Jimmy Doh mengenai projek perumahan yang dibangunkan Setia Awan Holdings ketika Majlis Semarak Kasih Ramadan Bersama Anak-Anak Yatim di Lumut kelmarin.

Nurul Akmar Aida Suhaimi

19 Jun 2017 3:00 AM

LUMUT 18 Jun - Keghairahan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menawarkan jawatan jurulatih kepada beberapa bekas pemain negara perlu diteliti semula, kata Datuk Misbun Sidek.

Legenda badminton negara itu, yang bakal kembali ke pangkuan BAM, nampaknya hanya mahu dibantu oleh mereka yang berpengalaman apabila dia memulakan tugas sebagai ketua jurulatih perseorangan dengan badan induk badminton negara itu kelak.

Ini jelas apabila beliau berkata mereka yang hendak ditawarkan jawatan jurulatih pemain kebangsaan sepatutnya sudah terdedah kepada kejurulatihan peringkat akar umbi seperti di sekolah sukan untuk menimba pengalaman dan kemahiran.

“Jika pernah melalui proses di peringkat bawah, mereka akan tahu bagaimana untuk menguruskan karenah budak-budak, teknikal dan sebagainya.

“Kalau bekas atlet kebangsaan ini tiba-tiba berada di atas (jurulatih pemain senior), mereka hendak kawal atlet kebangsaan ini untuk sesuatu teknik, nanti pemain itu akan rasa, dia (jurulatih) pun tak pernah menang. Jadi, ini sebenarnya yang susah,” katanya, yang akan memulakan tugasnya bersama BAM pada bulan depan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis Semarak Kasih Ramadan bersama anak-anak yatim di ba­ngunan syarikat perumahan Setia Awan Holdings Sdn. Bhd. di sini semalam.

Majlis berbuka puasa tersebut yang dianjurkan bersama oleh Gifted Community dan Komuniti I Love Manjung (KILM) turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Setia Awan Holdings, Datuk Jimmy Doh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Misbun yang juga duta bagi sebuah projek baharu syarikat perumahan itu di Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP), diminta mengulas mengenai bekas pemain perseorangan badminton negara, Muhammad Hafiz Hashim yang dijangka menyertai barisan kejurulatihan BAM September ini.

Sementara itu, mengulas me­ngenai kekalahan pemain nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei dalam pusingan kedua Siri Super Premier Terbuka Indonesia Jumaat lalu, Misbun berkata dia melihat kekalahan tersebut dari sudut positif.

“Chong Wei sebenarnya tidak tahu dia menjadi sasaran utama dan mereka (pemain lain) tahu kelemahan dan corak permainan dia, jadi dia harus sedar mengenai perkara itu.

“Mungkin dia juga keliru de­ngan corak permainan dia dengan jurulatih-jurulatih berbeza sebelum ini. Oleh itu, Chong Wei memerlukan orang yang lebih memberikan perhatian kepada­nya,” katanya.

Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat Chong Wei sehingga muncul sebagai pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England.

Beliau meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara pada penghujung 2010 dan menolak tawaran BAM untuk dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan tiga tahun kemudian pada 2013 atas ‘sebab peribadi’.

Misbun juga menjangkakan usaha melahirkan pemain badminton setanding Chong Wei akan mengambil masa 10-20 tahun lagi kerana tiada pelapis negara yang mampu menandingi pemain berumur 34 tahun itu.

“Ini terjadi kepada semua negara. Contohnya, Indonesia juga masih gagal mencari pengganti Taufik Hidayat, Thailand juga gagal mencari pengganti Boonsak Ponsana, manakala Denmark setidak-tidaknya Peter Gade digantikan Victor Axelsen.

“Perancangan jangka masa panjang sangat penting maka sebab itu apabila gabungan persatuan melihat pada pemba­ngunan junior remaja, itu adalah amat penting, kalau tidak setakat itu sahaja,” katanya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/mahu-yang-berpengalaman-1.494729#ixzz4mCLViWBw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Misbun beri amaran kepada pemain muda



 LEE CHONG WEI (kiri)  pernah berguru dengan Misbun Sidek dan menyifatkan
LEE CHONG WEI (kiri) pernah berguru dengan Misbun Sidek dan menyifatkan sistem latihan legenda badminton negara itu berat selain menetapkan disiplin tinggi.

10 Jun 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More

KUALA LUMPUR 9 Jun – Ketua jurulatih perseorangan badminton negara, Datuk Misbun Sidek memberi amaran kepada barisan pemain muda negara untuk bersiap sedia dengan sistem latihan yang bakal disediakan atau berdepan risiko digugurkan.

Katanya, dia hanya mahukan pemain yang benar-benar komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka selaku pemain kebangsaan selain bersedia untuk mengikut tunjuk ajar yang diberikan.

Katanya, dia akan membantu serapkan segala ilmu berkaitan strategi permainan serta kemahiran teknikal dalam kalangan pemain selain mereka perlu akur dengan keputusan yang ditetapkan.

“Setiap pemain perlu bersedia dan mereka perlu tahu bahawa saya tidak perlukan mereka. Ini adalah ancaman daripada saya.

“Mereka ini dibayar untuk bermain, seharusnya mereka ini bermain sebaik mungkin dan bukan sekadar duduk di sini untuk menjadi pemain kebangsaan, seandainya tidak mampu, berikan ruang kepada yang lebih layak.

“Tiada jalan mudah untuk berjaya, jadi mereka perlu akur sengan setiap keputusan jurulatih dan seandainya gagal, mereka tidak boleh marah jika digugurkan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Ukay Perdana, di sini hari ini.

Sementara itu, Misbun juga akan melihat pemain yang berpotensi untuk menggantikan Datuk Lee Chong Wei pada masa akan datang berdasarkan kepada pemerhatian jaguh negara itu.

Katanya, tugasan untuk mencari pengganti Chong Wei memang sangat rumit dan boleh diibaratkan seperti mengubah suai sebuah kediaman elit yang memerlukan penelitian khusus.

“Pemain memang ramai tetapi pemain berbakat tidak ramai sama seperti ketika saya mengesan bakat Chong Wei, Roslin dan Hafiz Hashim.

“Jadi saya akan lihat dahulu keadaan semasa dan berdasarkan pemantauan adalah Chong Wei kerana dia merupakan pemain tonggak dan sudah pssti dia tahu mana pemain yang berpotensi untuk diketengahkan,” katanya.

SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/misbun-beri-amaran-kepada-pemain-muda-1.491481#ixzz4mBmTH6mN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 3 Julai 2017

Misbun, Chong Wei kerjasama hasil permain terbaik



Misbun, Chong Wei kerjasama hasil permain terbaik
29 Jun 2017
Lee Chong Wei          
Lee Chong Wei.

KETUA jurulatih perseorangan badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek dan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan berkerjasama dalam usaha melahirkan pemain pelapis terbaik negara.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pengalaman Chong Wei sepanjang tempoh ketiadaan Misbun bersama BAM mampu memudahkan tugas jurulatih berusia 57 tahun itu untuk mengenal pasti potensi pemain pelapis yang sedia ada.

"Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka berdua untuk menghasilkan satu perancangan bagi melahirkan pelapis pemain perseorangan lelaki yang terbaik bila Chong Wei bersara satu hari nanti.

"Chong Wei dan Misbun sangat rapat. Oleh itu, walaupun Misbun hampir tujuh tahun tidak bersama BAM, beliau tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti pemain kerana Chong Wei mampu memberikan maklumat dalaman berkaitan keupayaan dan kelemahan pemain yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Norza mengakui tidak mempunyai halangan sekiranya Misbun berhasrat untuk menemani Chong Wei yang akan beraksi di Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini meskipun ia bertindih dengan jadual temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Namun, beliau menyarankan supaya Misbun berbincang terlebih dahulu bersama jurulatih lain antaranya Hendrawan, Indra Wijaya dan Sairul Amar Ayob untuk memastikan tiada masalah berkaitan pembahagian tugas dan tanggungjawab.

“Bagi saya walaupun Chong Wei mempunyai misi untuk meraih gelaran dunia pertamanya, tugas di KL2017 juga sangat penting kerana sebagai tuan rumah, kita mahukan pencapaian yang lebih baik ataupun sekurang-kurangnya sama seperti di Singapura dua tahun lalu,” katanya. - Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 29 Jun 2017

Mengharap magis Misbun

Wartawan Sinar Harian
3 Julai 2017
Mengharap magis Misbun
Mengharap magis Misbun      
Misbun individu yang membantu Chong Wei menjadi jaguh badminton.

HARI INI Datuk Misbun Sidek akan memulakan sesi latihan pertamanya selepas dilantik ketua jurulatih perseorangan lelaki oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), awal bulan lalu.

Selepas enam tahun meninggalkan badan induk itu, Misbun akhirnya kembali menggalas tugas yang sudah lama ditinggalkannya itu.

Beliau meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara pada penghujung 2010 dan menolak tawaran BAM untuk dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan tiga tahun kemudian pada 2013 atas ‘sebab peribadi’.

Namun kini, beliau kembali dengan misi pertamanya dilihat cukup getir apabila perlu mempersiapkan Datuk Lee Chong Wei menjelang Kejohanan Dunia di Glasgow, Ogos depan.

Misbun merupakan individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat Chong Wei hingga muncul sebagai pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan Seluruh England.

Namun, yang pasti kehadiran Misbun bukan sekadar tertumpu kepada Chong Wei, sebaliknya bakal memberi manfaat besar kepada barisan pemain perseorangan lelaki negara yang lain.

Harapan yang diberikan oleh rakyat Malaysia cukup tinggi untuk melihat mutu pemain badminton kebangsaan ditingkatkan dan kejuaraan di peringkat antarabangsa dapat digandakan.

Kita mempunyai ramai pemain tetapi hakikatnya belum ada yang benar-benar konsisten untuk melakar kejayaan di pentas antarabangsa seperti mana Chong Wei.

Mungkin, dengan kehadiran Misbun, situasi ini boleh berubah. Jadi, masa inilah pemain ambil kesempatan untuk belajar ilmu daripada beliau.

Percayalah, Misbun tidak pernah lokek dengan ilmu dan beliau sentiasa mahu berkongsi dengan apa yang dimilikinya.

Namun, bersediakah barisan pemain ini mengikuti rejim latihan dan falsafah Misbun?
SUMBERSINAR HARIAN ONLINE 3 Julai 2017