Isnin, 27 Mac 2017

Ibu Misbun meninggal dunia

ARKIB : 30/01/2003
IBU kepada ketua jurulatih pasukan badminton kebangsaan, Misbun Sidek, Datin Rukinah Sulaiman meninggal dunia semalam selepas diserang angin ahmar ketika bersama keluarganya di Kelana Jaya sejak kelmarin.

Misbun ketika ditemui selepas latihan berkata, ibunya yang berusia 60 tahun, tiba-tiba pengsan ketika sedang berbual bersama anak dan cucunya selepas makan tengah hari.

``Ibu saya diserang angin ahmar kira-kira pukul 3 petang dan kami terus menghantarnya ke Hospital Ampang Puteri setelah beliau pengsan dalam pangkuan saya,'' katanya yang ditemui selepas latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan kira-kira pukul 7 malam di sisi suaminya, Datuk Sidek Kamar dan anak-anak serta menantunya kecuali Razif.

Razif ketika itu masih berada di Australia dan hanya tiba di Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 malam tetapi tidak sempat bertemu ibunya.

Allahyarham meninggalkan lima anak lelaki dan seorang perempuan yang pernah mewarnai dunia badminton negara iaitu Misbun, pasangan beregu Razif-Jalani, Rahman, Rashid dan Jamaliah.

Sepupu Misbun, Idris Ahmad yang dihubungi berkata, jenazah Allahyarham akan disemadikan di tanah perkuburan Banting, Jalan Raba, pagi ini.
smberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4cWIz6F9a

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan