Simpan Artikel
MyMetroArena

Ferzalfie Fauzi
ferzalfie@hmetro.com.my
BEKAS pemain perseorangan lelaki
negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui Datuk Misbun masih lagi jurulatih terbaik
pernah dikenali dan menganggap seperti bapanya sendiri.
Menurut Chong Wei, walau di
manapun Misbun diletakkan di dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM), beliau
tetap memberi sokongan padu serta menganggap siapa
berada di bawah bimbingan pemain
legenda itu sebagai individu paling bertuah.
"Beliau seperti ayah saya,
tidak kisah di mana beliau berada saya sentiasa memberi sokongan. Beliau pemain
dan jurulatih bertaraf legenda. Kami sentiasa berjumpa untuk berbincang hal
berkaitan peribadi," katanya ketika ditemui di Arena Axiata hari ini.
Ujar Chong Wei, jika Misbun
menjadi jurulatih di peringkat remaja sekali pun, bekas jurulatihnya itu akan
sentiasa mencari pemain berbakat.
"Kita tidak pernah lupa
jasanya mendidik bekas pemain seperti Rashid Sidek, Roslin Hashim, Hafiz Hashim
dan saya sendiri. "Letak saja beliau di mana sekali pun beliau tetap
paling terbaik. Kami mempunyai pertalian darah sama iaitu demi badminton
negara. Siapa berada di bawah bimbingannya sangat bertuah. Didikannya kepada
pemain remaja diterapkan dengan penuh berdisiplin," katanya.
Ditanya mengenai BAM menyingkirkan
tujuh pemain baru-baru ini, Chong Wei menasihati kesemua individu berkenaan
agar jangan putus asa.
"Saya tidak boleh komen
mengenai isu ini kerana ia keputusan pihak pengurusan (BAM). Siapa digugurkan
diharap tidak berputus asa. Mungkin BAM mengeluarkan penyelesaian siapa yang
bagus di peringkat antarabangsa dipertimbangkan akan masuk semula.
"Mereka yang digugurkan
masih ada peluang untuk kembali berjuang dan tidak kisah di dalam atau luar
BAM, mereka masih lagi mewakili negara," katanya.
Tujuh pemain yang disingkirkan
sebelum ini ialah Soong Joo Ven, Tan Jia Wei, Ziyad Md Tah (perseorangan
lelaki), Ong Yew Sin, Teo Ee Yi (beregu lelaki), Lim Peiy Yee dan Lim Chiew
Sien (beregu wanita).
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 6 January 2020 @ 8:22 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan