Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Misbun
Sidek hampir 90 peratus akan kembali ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
berperanan sebagai jurulatih peribadi khas untuk jaguh perseorangan negara
Datuk Lee Chong Wei.
Berdasarkan perkembangan
terbaru, difahamkan Misbun sudah bertemu dengan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad
Norza Zakaria kelmarin dan perbincangan itu berjalan lancar serta hampir
mencapai kata sepakat.
Menurut sumber, hanya beberapa
perkara perlu diselesaikan selain ia dibincangkan terlebih dulu pada mesyuarat
Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) hari ini.
“Secara asasnya, persetujuan
sudah dicapai. Ini soal Chong Wei mahukan khidmat Misbun dan untuk itu, Misbun
juga perlu mengemukakan kemahuannya.
“Komitmen Misbun hanya pada
Chong Wei dan jurulatih lain mungkin akan kekal membimbing pemain perseorangan
lain.
“Chong Wei pula berjanji akan
memberi komitmen sepenuhnya untuk berlatih di bawah Misbun dan cuba memberikan
banyak kejayaan kepada negara,” katanya.
Semalam Arena Metro melaporkan
selepas enam tahun meninggalkan BAM, bekas jurulatih perseorangan negara itu
kemungkinan besar akan kembali ke badan induk itu.
Khabar angin mula timbul
selepas Chong Wei dilihat kerap bertemu Misbun di kediaman legenda badminton
negara itu.
Misbun, 57, individu yang bertangungjawab
membentuk karier Chong Wei hingga menyaksikan pemain nombor satu dunia itu
mencipta pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa sebelum meninggalkan BAM pada
2011 kerana difahamkan tidak sehaluan dengan pihak pengurusan.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Khamis, 8 Jun 2017 @ 9:52 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan