ARKIB : 25/04/2004
KETUA jurulatih negara, Misbun Sidek mengakui ketiadaan pemain
perseorangan di peringkat separuh akhir Kejohanan Konfederasi Badminton
Asia (ABC) yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur merupakan satu
kegagalan.
Beliau berkata, sememangnya ada harapan yang tinggi untuk menyaksikan beberapa pemain negara mara ke peringkat separuh akhir kejohanan terakhir kelayakan ke Sukan Olimpik itu.
``Untuk kejohanan ini memang kita gagal kerana tidak ada pemain (perseorangan) yang berjaya mara ke separuh akhir. Ini merupakan sasaran kami dan juga masyarakat,'' katanya yang ditemui selepas tamat peringkat suku akhir kejohanan itu kelmarin.
Di peringkat suku akhir kejohanan empat bintang itu hanya Muhd. Hafiz Hashim dan Wong Mew Choo beraksi namun kedua-dua pemain itu tumpas kepada lawan masing-masing, kelmarin.
Hafiz yang begitu bersemangat ketika menumpaskan pilihan pertama pertandingan, Lee Hyun Il dari Korea di pusingan ketiga kelihatan lesu dan tidak lancar pergerakannya pada perlawanan bertemu juara bertahan, Sony Dwi Kuncoro di suku akhir kelmarin.
Pemain yang masih gagal merangkul sebarang kejuaraan sejak memenangi kejohanan Seluruh England tahun lepas tumpas 14-17, 7-15 kepada pemain muda Indonesia itu.
Selain daripada Sony, Indonesia turut mempunyai seorang lagi pemain perseorangan iaitu Taufik Hidayat di peringkat separuh akhir.
Indonesia yang akan menjadi tuan rumah kejohanan Piala Thomas-Uber awal bulan depan turut mempunyai dua pasangan beregu lelaki di separuh akhir.
Malaysia pula hanya berharap kejayaan beregu kedua negara, Chan Chong Ming-Chew Choon Eng yang mara atas tiket nasib kerana penarikan diri pasangan Korea, Lee Dong Soo-Yoo Young Sung akibat kecederaan.
Kemenangan percuma tersebut juga membantu membuka peluang kepada pasangan yang baru digandingkan semula itu untuk mendapat tempat ke Sukan Olimpik di Athens, Ogos ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan