ARKIB : 04/02/2004
KETUA jurulatih badminton negara,
Misbun Sidek tidak berminat mengadakan pertandingan simulasi sebaliknya
menumpukan kepada latihan berbentuk tekanan kepada pemainnya menjelang pusingan
kelayakan kelayakan Piala Thomas-Uber di Kuala Lumpur 18 hingga 22 Februari
ini, lapor SRY ANGRENI MOHD ZET.
Misbun berkata, masalah utama
pemainnya hanyalah di bahagian finishing yang menjadi penentu kemenangan atau
kekalahan mereka.
``Mereka mampu mendahului lawan
di peringkat awal tetapi kadang-kadang gagal menamatkan perlawanan walaupun
telah mendahului pada satu ketika. Ini yang perlu diatasi,'' katanya yang
ditemui selepas latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.
Menyedari perkara itu, Misbun
kini menggunakan latihan berbentuk tekanan kepada pemainnya agar menimbulkan
rasa takut untuk kalah.
``Contohnya, Wong Choong Hann
ketika bertemu seorang pemain lain. Saya berikan lawan Choong Hann mendahului
lapan mata.
``Di sini kedua-dua pemain
terpaksa bertarung sengit kerana Choong Hann misalnya pasti tidak mahu kalah
walaupun bermula dengan ketinggalan lapan mata di belakang.
``Begitu juga lawannya, pasti
tidak mahu kalah kerana telah diberi kelebihan (handicap) lapan mata,''
ujarnya.
Misbun berkata, beliau percaya
cara itu akan menjadikan pemain bekerja dan berfikir lebih kuat bagi memastikan
kemenangan.
``Saya telah lama menggunakan
sistem ini ke atas pemain seperti Roslin dan Hafiz (Hashim) dan saya yakin cara
terbaik untuk membentuk corak permainan tektikal di kalangan pemain,''
jelasnya.
Menurut Misbun, para pemainnya
sudah mempunyai kekuatan fizikal dan daya pemulihan yang mencukupi untuk
berdepan lawan. Hanya apa yang perlu digilap hanyalah kemampuan menamatkan
perlawanan dengan baik,'' ujarnya.
Mengulas mengenai prestasi skuad
Piala Uber yang kebanyakannya barisan muda, Misbun berkata, dengan kekuatan
barisan pemain perseorangan yang ada, peluang untuk Malaysia melayakkan diri
secara merit ke pusingan akhir masih terbuka.
``Kita kini mempunyai pilihan
barisan pemain perseorangan dan saya yakin beregu juga berupaya mencuri satu
pada pada perlawanan nanti,'' katanya.
Mengenai sistem pertandingan
pusingan akhir yang bakal diperkenalkan Persekutuan Badminton Antarabangsa pada
pertandingan di Jakarta nanti, Misbun berkata, setiap pemain harus menerima
sistem ini dan berusaha mengatasi tekanan baru yang bakal dihadapi.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4dvaUIVbC
© Utusan Melayu (M) Bhds
Tiada ulasan:
Catat Ulasan