ARKIB :
02/04/2011
AKHIRNYA Datuk
Misbun Sidek bersuara. Jurulatih kepada pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee
Chong Wei itu menarik balik keputusannya meletak jawatan pada 1 Disember lalu.
Keputusan
tersebut diumumkan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh pada mesyuarat
majlis badan induk badminton negara di sini, semalam.
Terima kasih
Misbun kerana meneruskan khidmat bersama BAM. Paling utama membimbing Chong Wei
untuk merealisasikan impian emas Olimpik di London pada Julai 2012.
Namun sama ada
Misbun akan kembali secara rasmi ke pangkuan BAM akan ditentukan selepas BAM
menyerahkan terma-terma di bawah kontrak baru kepada Misbun tidak lama lagi.
Sama ada
Misbun akan terus menjadi jurulatih Chong Wei, atau diberikan tugasan lain,
segala-galanya masih terbuka, itu kata Nadzmi pada sidang akhbar selepas
mesyuarat majlis semalam.
Jadi, apa juga
kemungkinan tugas baru Misbun di BAM, masih lagi menjadi persoalan dan pelbagai
kemungkinan tetap ada.
Cuma jika BAM
ikhlas mahukan semula khidmat Misbun, terma-terma kontrak baru tersebut biarlah
berbalik kepada tugasan hakiki Misbun seperti sebelum ini.
Andai kata BAM
tampil dengan kontrak baru yang memuaskan hati semua pihak terutama Misbun,
maka berakhirlah segala kemelut selama tiga bulan.
Lupakan segala
sengketa. Buang jauh-jauh apa yang sudah berlaku dan paling penting jangan pula
timbul polemik lain ekoran keputusan Misbun.
Ini kerana
ketika kemuncak sikap membisu Misbun dalam memberikan kata putus mengenai
kedudukan beliau, ia mencetuskan pelbagai reaksi.
Bagi yang mahu
kes beliau diselesaikan dengan cara berlembut iaitu memberi masa untuk Misbun
berfikir, pasti lega dengan keputusan semalam.
Namun ada juga
pihak yang menggesa supaya isu Misbun diselesaikan dengan cara yang 'keras'
iaitu melupakan sahaja khidmat Misbun.
Kini mereka
harus menerima kehadiran Misbun dalam BAM. Jangan pula menempelak Misbun andai
Chong Wei gagal meneruskan rentetan kejayaan pemain No. 1 dunia itu yang
memenangi tiga kejuaraan termasuk All England sepanjang ketiadaan mentornya
itu.
Satu perkara
yang bakal diharungi Misbun ialah suasana yang tidak lagi selesa seperti mana
sebelum beliau meletak jawatan.
Ini ekoran
daripada pelbagai desakan, tanggapan dan tuduhan yang dilemparkan oleh pelbagai
pihak sepanjang isu ini meletus.
Mungkin akan
ada suara-suara di sekeliling Misbun yang akan terus 'cakap belakang' walaupun
Misbun sudah kembali.
Inilah cabaran
yang menanti Misbun, andai dia menerima kontrak baru BAM kelak.
SUMBERArtikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5e0DvOrSY
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan