Oleh TAN MING
WAI
tan.mingwai@utusan.com.my
KUALA LUMPUR
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta semua pihak
supaya bersabar sementara Datuk Misbun Sidek mempertimbangkan sama ada mahu
menarik balik keputusan mengejut meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan
badminton negara yang diumumkan Januari lalu.
Ini kerana
Shabery yakin akhirnya Misbun tetap membuat keputusan bersandarkan kepentingan
negara dan bukannya kepentingan peribadi.
Dalam
pertemuan kami sebelum ini, beliau memberi jaminan kepada saya bahawa sebarang
keputusan dibuatnya kelak tetap mengutamakan kepentingan negara.
Berapa lama
saya tidak pasti tetapi saya mengharapkan tempoh masa yang diambilnya itu
akhirnya mendatangkan keputusan terbaik untuk semua pihak, katanya selepas
pelancaran Petronas Grand Prix F1 Malaysia di kompleks membeli belah Pavillion
di sini semalam.
Kelmarin,
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dipetik media
berkata, beliau mahu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan
segera berhubung kemelut peletakan jawatan Misbun daripada membiarkan isu itu
berlanjutan.
Ahmad Shabery
menambah, beliau tidak memberikan sebarang tempoh untuk Misbun membuat
keputusan, namun pada masa sama lega kerana persiapan anak didik Misbun, Datuk
Lee Chong Wei, tidak terjejas.
Apa yang
penting saya lihat semangat Chong Wei tidak terjejas dan latihannya tetap
berjalan lancar.
Kementerian
hanya mampu memujuk Misbun, segala-galanya terpulang kepada beliau. Kita boleh
membawa kuda ke air, tapi kita tidak boleh nak paksa ia minum.
Menjadi
jurulatih mesti datang dari hati, kalau hati sudah tawar, tiada maknanya,
jelasnya.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5dtDAOs5s
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan