ARKIB :
18/03/2011
PUTRAJAYA
Jasa Datuk Misbun Sidek membimbing Datuk Lee Chong Wei tidak akan dilupakan
seperti mana jasa keluarga Sidek mengharumkan negara dalam sukan badminton.
Menteri Belia
dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, keluarga Sidek begitu
sinonim dengan kebangkitan badminton negara bukan saja di Malaysia, malah di
peringkat dunia.
Katanya,
Misbun merupakan seorang personaliti hebat dalam sukan badminton tanah air dan
bukannya gah pada nama keluarga Sidek semata-mata.
Justeru,
katanya, jasa Misbun melatih pemain No. 1 dunia, Chong Wei tidak akan dilupakan
begitu sahaja.
Kita tidak
boleh lepas pandang isu Misbun atau melupakan jasanya dengan begitu mudah,
beliau seorang yang istimewa.
Oleh itu,
saya berharap Misbun tetap bersama skuad badminton negara dalam apa cara sekali
pun, katanya selepas menghadiri majlis pengumuman penajaan untuk menjayakan
Hari Belia Negara di sini, semalam.
Menurut Ahmad
Shabery, beliau sudah dua kali berjumpa dengan Misbun, namun tiada kata putus.
Dalam dua
pertemuan tersebut, apa yang dia kata ialah segala keputusan adalah untuk
kepentingan negara, katanya.
Isu Misbun
sudah berlarutan lebih tiga bulan sejak jurulatih itu meletakkan jawatan pada
31 Disember lepas, atas alasan peribadi, dalam tempoh berkenaan juga Chong Wei
sudah menyertai empat kejohanan antarabangsa, menang tiga daripadanya, terbaru
mempertahankan kejuaraan All England.
Pelbagai usaha
telah dilakukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memujuk jurulatih itu
kembali ke pangkuan skuad kebangsaan, termasuk menyuarakan kesediaan untuk
berkompromi dalam beberapa isu yang menjadi punca peletakan jawatan mengejut
Misbun.
Hasil daripada
beberapa pertemuan baik bersama Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh
mahupun dengan Ahmad Shabery, ada petanda positif krisis akan selesai dengan
baik, namun hingga kini tiada kesudahan.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5du5z4MIo
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan