ARKIB :
29/03/2011
KUALA LUMPUR -
"Kalau saya jadi Misbun, saya akan pulang ke pangkuan skuad kebangsaan dan
membimbing (Datuk) Lee Chong Wei sampai Sukan Olimpik 2012,''. Itu kata ketua
jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek ketika ditanya mengenai abangnya,
Datuk Misbun Sidek.
Rashid mengakui
langsung tidak mempunyai petunjuk apakah Misbun sedia menyambung kerjasama
dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas meletak jawatan pada 31
Disember lalu.
"Pada
saya sekarang semua terpulang kepada BAM untuk buat keputusan. Selepas tiga bulan
memberi tempoh dan Misbun terus menyepi, sebaiknya BAM sendiri yang memutuskan
apa tindakan mereka.
"Mengapa
Misbun masih tidak respons? itu saya tidak pasti, mungkin... beliau masih
menunggu balasan surat yang pernah diberi kepada Presiden (Datuk Seri Nadzmi
Mohd. Salleh) tetapi ia cuma teori saya, tidak pasti betul atau tidak.
"Saya
tidak berani komen panjang kerana saya tidak tahu apa yang difikirkan Misbun,
beliau tidak pernah menjelaskan kepada saya apa yang diinginkan untuk kembali
ke pangkuan skuad kebangsaan," katanya ketika ditemui di Stadium Juara,
Bukit Kiara semalam.
Rashid
mengakui, andai Misbun kembali ke pangkuan skuad kebangsaan, keadaan mungkin
sudah sedikit berbeza dengan persekitaran yang tidak lagi selesa berbanding
dulu selepas semua yang berlaku dalam tempoh tiga bulan ini.
Namun,
tegasnya, itu bukan masalah besar yang menghalang jurulatih itu daripada
pulang, jika beliau benar-benar mahu kembali.
"Persekitaran
mungkin tidak berapa selesa selepas ini, tetapi Misbun boleh meneruskan
kerjanya seperti biasa. Saya fikir beliau tidak akan terganggu.
"Bagaimanapun
kalau beliau benar-benar mahu balik ke BAM dan bersama Chong Wei, sudah tentu
beliau akan respons, kalau bukan sekarang dalam tempoh terdekat, kita lihat
saja,'' ujar Rashid lagi.
Ditanya apakah
ketiadaan Misbun menjejaskan latihan skuad perseorangan kebangsaan, terutama
Chong Wei, Rashid menegaskan, ia sama sekali tidak berlaku.
Jelasnya, mungkin
di peringkat awal ketika Misbun mengumumkan tidak mahu memperbaharui kontrak,
ia mengejutkan Chong Wei namun selepas tiga bulan, mereka mengharunginya dengan
baik.
"Merangkul
tiga kejuaraan daripada empat kejohanan dan satu lagi masuk final, ia keputusan
yang sangat baik. Saya tidak nampak persiapan Chong Wei untuk Sukan Olimpik
terjejas, dia pemain yang profesional dan sudah matang.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5duorrGzN
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan