ARKIB :
19/03/2011
HARI ini genap
tiga bulan 19 hari Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai 'sifu' kepada
pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong.
Namun,
sehingga kini isu peletakan jawatan beliau belum ada tanda-tanda akan selesai,
walaupun majikannya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah banyak bertolak
ansur.
BAM lebih
banyak berlembut dalam soal ini dengan meminta Misbun mempertimbangkan semula
peletakan jawatan beliau.
Cuma yang
memeningkan BAM terutama Presidennya, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh ialah sikap
membisu dan terus membisu Misbun.
BAM terus
ternanti-nanti apakah keputusan muktamad Misbun. Mahu terus membimbing Chong
Wei atau sebaliknya?
BAM sudah puas
cuba meminta jawapan dari Misbun. Pelbagai cara sudah digunakan. Namun
difahamkan panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab, pesanan yang hantar
menerusi sistem pesanan ringkas (sms) juga tidak berbalas.
BAM mahukan
jawapan segera bagi merancang program latihan khas untuk Chong Wei, yang
digalas tugas besar untuk merealisasikan emas Olimpik pertama pada kejohanan di
London tahun depan.
Tanpa jawapan
Misbun, sama ada setuju atau tidak untuk terus membimbing Chong Wei, BAM tidak
dapat mengorak rencana program berkesan buat Chong Wei.
Jika Misbun
balik kepada BAM, ia memang dialu-alukan. Jika sebaliknya, tiada apa yang mampu
menghalang keputusan Misbun itu.
Persoalannya
kenapa Misbun membisu? Sampai bila beliau akan terus menutup mulut? Sedangkan
masa semakin suntuk untuk menuju London 2012.
Apa yang
Misbun mahukan sebenarnya? BAM sedia berkompromi dengan masalah yang dihadapi
Misbun, yang menyebabkan beliau meletak jawatan secara mengejut.
Nadzmi, yang
diberi mandat untuk membuat keputusan dalam isu Misbun tetap bersabar kerana
masih memberikan masa Misbun untuk membuat keputusan.
Namun selama
mana BAM sanggup menunggu? Oleh itu BAM perlu memperlihat ketegasan mereka
dalam hal ini.
BAM perlu
menetapkan satu tempoh masa untuk Misbun memberikan jawapan. Mungkin sebulan
lagi umpamanya.
Jika Misbun
terus membisu, BAM kena teguh dengan pendirian mereka.
BAM perlu
bertindak sebagai sebuah badan induk badminton yang mempunyai kuasa lebih besar
daripada mana-mana individu di dalam persatuan.
Walaupun
berstatus jurulatih hebat, Misbun sepatutnya akur dengan kehendak majikan.
Umpama seorang
pekerja hebat di dalam sesebuah syarikat, kenalah ikut kehendak majikan. Bukan
majikan mengikut kehendak pekerja.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5du6usG54
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan