ARKIB :
28/03/2011
MUAR - Apa jua
keputusan yang akan dibuat oleh bekas jurulatih badminton negara, Datuk Misbun
Sidek berhubung kedudukannya di dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 1
April ini perlu dihormati dan diterima baik oleh semua pihak.
Timbalan
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, polemik yang berlaku
tidak sewajarnya dibiarkan berlarutan kerana ia hanya menjejaskan persiapan
negara untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 menerusi jaguh
badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
"Kita
tidak mahu sebarang tekanan diberikan dalam tempoh seminggu ini, biarlah Datuk
Misbun sendiri yang buat keputusan.
"Apa jua
perkara yang diputuskan oleh beliau akan kita hormati dan akan kita terima.
"Kita
berharap isu ini akan selesai dan selepas 1 April ini, kita akan dapat melihat
ke hadapan dan buat perancangan di atas keputusan yang telah dibuat,"
katanya selepas Majlis Meraikan Pelajar-Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) peringkat Parlimen Muar di Parit Raja, semalam.
Misbun meletak
jawatan sebagai jurulatih perseorangan pada 31 Disember lalu dan sikap membisu
beliau itu menyaksikan kemelut yang berlarutan hampir tiga bulan belum menemui
titik penyelesaian.
Razali
berharap tiada pihak yang akan mengungkit keputusan yang dibuat oleh Misbun
kelak, kerana ia akan hanya menyukarkan lagi persiapan, mental serta latihan
kepada Chong Wei untuk mengekalkan prestasi terbaiknya.
"Isu ini
sangat rumit tapi kita dapat buat pertemuan dan perbincangan dengan Kementerian
sebagai koordinator antara BAM dengan pihak Misbun, bagaimanapun, perkara ini
tidak boleh terlalu lama sehingga menjadi polemik," katanya lagi.
Ujar beliau,
negara sememangnya meletakkan sasaran untuk meraih emas pertama pada Sukan
Olimpik menerusi Chong Wei selain daripada jaguh berbasikal trek negara,
Azizulhasni Awang serta atlet terjun negara, Pandelela Rinong.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0328&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5duWeylCl
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan