ARKIB :
02/04/2011
KUALA LUMPUR -
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek lega apabila isu Datuk
Misbun Sidek dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberikan harapan untuk
selesai apabila badan induk sukan badminton negara itu menawarkan kontrak baru
kepada bekas pemain negara itu semalam.
Menurutnya, berita
mengenai Misbun menarik kembali peletakkan jawatannya menjawab segala persoalan
tentang isu melibatkan pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.
"Syukur,
Alhamdulillah, keputusan ini seakan menyelesaikan segala kemelut yang
melibatkan BAM dan Misbun yang menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia,
mereka memikirkan agenda negara adalah lebih penting," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Sambutan 15 Tahun Institut Sukan Negara (ISN)
semalam.
Jelasnya,
Misbun dan rakan-rakan di BAM mempunyai tugas yang lebih penting terutama
menjelang Sukan Olimpik 2012 London dalam memburu pingat emas pertama Olimpik
menerusi sukan badminton.
"konflik
memang berlaku dalam mana-mana persatuan, ia terpulang kepada persatuan itu
bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut, memang berlaku perbezaan
pendapat, ibarat 'sedangkan lidah lagi tergigit'.
"Saya
belum melihat laporan atau terma kontrak baru yang ditetapkan oleh BAM kepada
Misbun. Apabila dapat nanti saya akan menelitinya, tetapi saya rasa semuanya
akan memberi impak yang positif," katanya.
Ahmad Shabery
juga mengucapkan tahniah kepada BAM dan Misbun kerana setidak-tidaknya kemelut
yang berlaku itu masih mempunyai jalan penyelesaian terbaik, walaupun ia masih
lagi samar.
Semalam Misbun
'memecah kesunyian' dengan menarik balik peletakan jawatan sebagai jurulatih
perseorangan kebangsaan.
Namun
keputusannya itu belum menamatkan kemelut bersama BAM dengan persoalan kini
terarah sama ada beliau akan kembali untuk membimbing Chong Wei.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5e0EOmVSX
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan