ARKIB :
01/04/2011
Oleh Norzie
Khasbi
sukan@utusan.com.my
BAM sedar
kemelut Misbun kini menjadi masalah nasional, yang bukan saja mendapat
perhatian Menteri dan Majlis Sukan Negara (MSN), malah menjadi topik
perbincangan di kalangan rakyat.
Justeru, perlu
ada noktah kepada isu ini dan jangan dibiarkan ia meleret lebih jauh, apatah
lagi situasi itu jika dibiarkan hanya akan menganggu persiapan jaguh No. 1
dunia, Datuk Lee Chong Wei bagi memenuhi misi pingat emas Sukan Olimpik London.
Seandainya
Misbun terus membisu sehingga hari persidangan, maka BAM hanya ada satu opsyen
iaitu menerima peletakan jawatan beliau dan meneruskan rutin dengan Tey Seu
Bock dan Rashid Sidek membantu latihan Chong Wei.
Ketika sukan
di London hanya tinggal setahun setengah, memberi tempoh lebih panjang untuk
menunggu bukan pilihan yang bijak.
BAM tidak
harus meletakkan diri mereka sebagai badan yang dilihat tidak tegas. Sekalipun
Misbun jurulatih berprofil tinggi dan amat disegani, jika beliau mahu pergi,
BAM harus membenarkannya.
"Tiga
bulan adalah tempoh yang terlalu lama, jadi saya rasa BAM harus membuat
keputusan dalam isu ini. Bagaimana mereka hendak bertindak, itu saya tidak tahu
tetapi mereka kena mengambil tindakan dan bukan turut sama membisu seperti
Misbun,'' akui ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid, yang juga adik
kepada Misbun.
Bagi Pengurus
Besar BAM, Kenny Goh, beliau pasti mesyuarat exco hari ini tidak dapat mengelak
daripada membincangkan mengenai kedudukan Misbun sekalipun perkara tersebut tiada
dalam agenda awal.
Katanya, semua
orang mahu satu keputusan dibuat untuk menamatkan kemelut yang sudah terlalu
lama berlarutan.
"Memang
isu Misbun tiada dalam agenda mesyuarat majlis tetapi saya percaya perkara ini
pasti dibangkitkan kerana semua orang mahu tahu apa penamatnya. Ini sudah
menjadi isu nasional yang menarik perhatian banyak pihak.
"Saya
fikir sehingga sekarang, keputusan sebenarnya masih terpulang kepada Misbun.
Namun, sekiranya beliau masih tidak bersuara, maka BAM kena membuat satu keputusan
yang mengambil kira kepentingan negara,'' kata Kenny.
Presiden BAM,
Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh akan mempengerusikan persidangan hari ini.
Misbun meletak
jawatan jurulatih kebangsaan pada 31 Disember lalu kerana tidak gembira dengan
beberapa perkara dalam struktur baru yang diperkenalkan oleh Jawatankuasa
Kejurulatihan dan Latihan (CTC) BAM.
sumberArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5e09TJobO
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan